Warna Tong Sampah Kitar Semula Di Malaysia

Warna tong sampah kitar semula yang ada di Malaysia mungkin bukan semua mengenalinya. Nampak isu kecil bukan, tetapi pendidikan alam sekitar amatlah penting untuk diterapkan dalam kalangan generasi muda dan orang awam khasnya.

Sebelum ini kami ada berkongsi dengan anda senarai harga barangan kitar semula di Malaysia untuk rujukan orang ramai.

Walaupun harga sentiasa berubah dari masa ke semasa tetapi itu tidak menghilangkan fakta bahawa barangan kitar semula masih memiliki nilai komersil atau nilai perniagaan.

Jika anda berminat untuk mencebur diri dalam perniagaan kitar semula, peluang masih terbuka luas kerana barangan/buangan barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, plastik, botol dan sebagainya masih dibuang berleluasa di merata tempat seolah ianya tidak bernilai lagi.

Masalah kitar semula di Malaysia
Photo: Gambar Hiasan

Ini bermaksud persaingan untuk perniagaan dalam niche ini masih terbuka luas. Dengan perancangan perniagaan yang rapi dan disiplin yang tinggi, perniagaan kitar semula ini masih mendatangkan keuntungan yang tinggi kepada para pengusaha.

Apa yang penting ialah usaha memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan kitar semula. Tinjauan kami mendapati orang ramai masih memiliki pengetahuan yang terhad berkenaan kitar semula.

Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui jenis warna tong sampah yang betul untuk jenis sampah yang sesuai menyebabkan sampah tidak diasingkan dan menyukarkan proses kitar semula.

Jenis-Jenis Warna Tong Sampah Kitar Semula

Sebenarnya ada banyak jenis warna tong sampah untuk tujuan ini. Untuk kali ini kami ingin kongsikan dengan anda 3 warna tong sampah yang digunakan untuk kitar semula yang biasa digunakan di Malaysia.

Dalam usaha proses kitar semula semuanya bermula proses pengasingan bahan buangan mengikut kategori.

Untuk pengetahuan anda tong sampah kitar semula yang biasa digunakan di Malaysia mempunyai 3 warna iaitu warna Biru, Coklat dan Jingga (Oren).

Senarai warna tong sampah kitar semula di Malaysia
Photo: Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama

Di bawah adalah kategori / keterangan bahan buangan (sampah) yang boleh anda buang ke tong sampah kitar semula mengikut kategori untuk panduan anda.

  • Tong BIRU: Kertas sahaja.
  • Tong COKLAT: Kaca sahaja.
  • Tong JINGGA (Oren): Tin aluminium, tin keluli, dan plastik.

Tanamkan Budaya Kitar Semula Dalam Keluarga

Sebenarnya pengasingan sampah boleh anda mulakan dari rumah di mana anda kumpulkan sampah anda mengikut kategori seperti di atas untuk memudahkan anda.

Semasa membuang sampah ke tong kitar semula pastikan anda buang ke dalam tong sampah yang betul dan sampah anda itu sudah diasingkan dengan betul.

Dengan kesedaran kitar semula dari rumah, anda boleh menjadikan aktiviti ini menarik dan bermanfaat untuk keluarga dan anak-anak.

Kesedaran awal ini boleh menjadikan anak-anak anda peka dengan kebersihan alam sekitar dan berjiwa sihat pada masa akan datang.

Semoga perkongsian mengenai warna tong sampah mengikut jenis sampah (bahan buangan) ini bermanfaat kepada anda. Mohon like dan share info ini kepada kawan-kawan anda.